JAKARTA – Polis telah menahan pemuzik Ahmad Dhani, adik bekas presiden Megawati Soekarnoputri, Rachmawati Soekarnoputri, dan lapan lagi yang ditangkap secara berasingan, hari ini.
Kompas melaporkan, kelapan-lapan suspek yang ditahan adalah Ratna Sarumpaet, Sri Bintang Pamungkas, Kivlan Zein, Adityawarman, Jamran, Eko, Rizal Khobar, dan Firza Huzein.
“Kalau sudah ditangkap, itu pasti sudah ditetapkan menjadi suspek,” kata Ketua Polis Irjen Boy Rafli Amar di kawasan Monas, Jakarta Pusat.
Boy menjelaskan, mereka mereka ditahan kerana terlibat dalam penghinaan terhadap penguasa.
Boy belum dapat memastikan sama ada mereka akan terus ditahan atau tidak. Pada masa ini, kata dia, 10 orang tersebut masih menjalani pemeriksaan secara intensif.
“Kalau masalah penahanan tergantung dari hasil pemeriksaan selama 1 x 24 jam,” katanya.
Setakat ini polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penangkapan berkenaan.
Terdahulu, puluhan ribu umat Islam membanjiri sekitar ibu kota Indonesia seawal 5 pagi bagi menyertai perhimpunan ‘212’ itu.
Ia bertujuan bagi menggesa pihak berkuasa segera menahan penyandang Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang turut dikenali sebagai Ahok yang sedang menghadapi tuduhan menghina agama Islam di mahkamah.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW