loading...

Video : Siapa Si Khairuddin Sotong Laut Ni? Soal Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – “Satu orang saya nak namakan di sini, (sebagai) ‘sotong laut’. Suka sangat bantai saya. Siapa dia ni? dulu bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, Pulau Pinang. Allah…besarnya jawatan,”kata Presiden Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

 

Beliau mempersoalkan mengapa bekas ahli Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu sering menyerangnya di laman sosial ditambah lagi berhubung kemelut yang melanda dirinya dengan penasihat parti Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Siapa dia ni. Dia (Khairuddin) siapa?  Dia mewakili apa? Saya ini Presiden Perkasa, ahli pun ramai. Buat kenyataan ‘bantai’ saya kata Ibrahim Ali sudah tak relevan lagi. Macam dia itu relevan sangat,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

 

Beliau berkata, Khairuddin tidak perlu ‘mengutuk’nya kerana perjuangan yang diperjuangkan Khairuddin tidak lama seperti perjuangannya selama ini.

 

“Setakat masuk Sosma 5 hari itu perkara biasa. Saya lebih lagi. Saya dulu (ISA) dua tahun. Lokap mana semua saya masuk. disiasat BPR, IncomeTax. Perjuangan saya Allah sahaja yang tahu,”katanya.-SuaraTV

 

Laporan menyusul.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...