loading...

Video : MalaysiaKini Mengaku Terima Dana Soros – Jamal Yunos

PETALING JAYA – Ketua Gerakan Merah V2, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa, MalaysiaKini akui menerima dana daripada George Soros.

 

Beliau yang ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan kakitangan di pejabat portal MalaysiaKini memberitahu, dokumen bocor yang didedahkan oleh Wikileaks yang telah disiasat oleh FBI di Amerika Syarikat adalah sahih.

 

“Ia benar berlaku kepada MalaysiaKini, BERSIH dan Merdeka Center. Alhamdulillah, kami telah mendapat penjelasan dan mereka sendiri disaksikan rakan media yang hadir pada hari ini, mereka mengaku bahawa mereka menerima sumbangan tersebut.

 

“Mereka memberitahu telahpun memberikan penjelasan di dalam website perkara sebenarnya dua hari yang lalu,”katanya di hadapan pejabat portal pro pembangkang tersebut.

 

Jamal berkata, perkara itu yang ingin didengari oleh semua pihak.

 

“Bukan banyak mana sumbangan yang mereka terima. Tetapi kita mempersoalkan sejauh mana hubungan mereka dengan penyangak matawang ini. Sudah pasti video yang saya pertontonkan sebentar tadi siapakah Soros ini,”katanya.

 

Tambahnya, Soros adalah penyumbang kepada permasalahan di dalam banyak negara di dalam dunia ini, termasuk dalam negara.

 

“Termasuk rakan-rakan dan jiran kita di dalam asia ini turut melalui krisis kewangan. Kali ini beliau (Soros) cuba datang kembali ke negara kita kerana dia tahu pada tahun 2018 selewat-lewatnya, kita akan mengadakan PRU.

 

“Jadi pihaknya akan memberi suntikan dana untuk ejen mereka. Termasuklah MalaysiaKini yang mengatakan mereka mengakuinya. Itu yang kami perjuangkan!,”ujarnya.

 

Terdahulu, Jamal semalam, membuat laporan polis kali ke 3 selepas beberapa tahun membuktikan BERSIH dan laman pro pembangkang itu dibiayai Soros yang dikenali sebagai ‘penyangak’ matawang.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...