KUALA LUMPUR – “Bebaskan Rohingya,!!”laung seramai 1,500 kumpulan etnik Rohingya di sini menuntut keadilan bagi nasib pelarian itu.
Wakil kepada kumpulan itu, Rafiq Ismail, 49, berkata, pihaknya menuntut pembebasan tersebut dan mengharapkan semua pihak menyokong tuntutan tersebut.
“Saya menuntut pembebasan penindasan bagi etnik Rohingya di Myanmar,”katanya yang mengetuai perhimpunan aman berhampiran Kedutaan Myanmar di sini, hari ini.
Terdahulu, nasib pelarian etnik Rohingya semakin meruncing apabila mereka terpaksa bergadai nyawa meredah kawasan periuk api untuk menyusup masuk ke Bangladesh bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar.
Di Myanmar, nasib wanitanya menjadi mangsa keganasan seksual oleh tentera Myanmar manakala kanak-kanaknya turut dibunuh kejam.
Sementara itu, lima penyerahan memorandum telah dibuat oleh beberapa pertubuhan di Malaysia antaranya, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Malaysia Makkal Sakti Party (Makkal Sakti), Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Gerakan Merah V2.
Masing-masing mewakili lebih 1000 NGO yang berdaftar dibawah kesemua pertubuhan itu, menuntut desakan menghentikan genjatan senjata rejim Burma, meminta supaya Burma di gantung keahlian sebagai ahli ASEAN, menghentikan pengambilan warga bukan Islam Burma sebagai pekerja asing di Malaysia dan memberikan peluang pekerjaan kepada etnik Islah Rohigya sebagai buruh asing di negara ini.
Ketua Pergerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang ditemui di sini berkata, kesemua penyerahan memorandum dibuat bagi menuntut pembebasan keganasan ke atas etnik tersebut.
“Kami daripada NGO di seluruh negara, daripada berbilang fahaman, berbagai-bagai agama mahu menuntut hentikan genjata senjata regim Burma,”katanya ditemui selepas menyerahkan memorandum di Kedutaan Myanmar di sini, sebentar tadi.
Dianggarkan 30,000 etnik Rohingya iaitu kumpulan penduduk Islam di Myanmar yang tidak diberikan kerakyatan, terpaksa menjadi pelarian selepas tentera kerajaan membakar kawasan perkampungan mereka.-SuaraTV
LAPORAN MENYUSUL.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW