loading...

TPPA Tanpa AS Tidak Akan Bermakna, Kata PM Jepun

BUENOS AIRES – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak akan bermakna tanpa penyertaan Amerika Syarikat, kata Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe (gambar) kelmarin.

 

Beliau berkata demikian selepas bakal Presiden AS, Donald Trump berjanji untuk menarik diri daripada perjanjian perdagangan bebas itu pada hari pertama beliau mengambil alih pentadbiran negara.

 

Abe yang menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru berkata, tiada sebarang perbincangan diadakan antara anggota TPPA lain untuk meneruskan perjanjian itu tanpa melibatkan AS.

 

“TTPA tanpa AS tidak akan bermakna. Ia adalah mustahil untuk mengadakan rundingan semula dan ia akan menjejaskan kepentingan imbangan asas,” katanya kepada wartawan pada satu sidang akhbar di Peru.

 

Masa depan 12 negara TPPA dikatakan berada dalam keadaan tidak menentu apabila Trump berulang kali berjanji akan menarik diri daripada perjanjian itu.

 

Jepun dan AS merupakan anggota paling besar dalam perjanjian perdagangan itu yang merangkumi 40 peratus daripada ekonomi global jika ia berkuat kuasa.

 

TPPA turut melibatkan Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

 

Terdahulu, Trump yang berusia 70 tahun menggariskan senarai yang menjadi keutamaan sepanjang 100 hari pertama beliau bergelar Pre­siden AS yang melibatkan pelbagai isu penting termasuk perjanjian perdagangan bebas, imigresen, keselamatan negara dan etika. – AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...