loading...

‘Tidak Sangka Pula Aksesori Saya Gayakan Dikaitkan Dengan Ilmu Hitam’

KUALA LUMPUR – “Tidak sangka pula aksesori yang saya gayakan dikaitkan dengan ilmu hitam. Kalau tengok semula gambar lama, dari dulu saya tampil dengan imej sebegini. Sungguh saya terkejut cincin ini jadi punca dan nampaknya mereka yang menuduh lebih mengetahui,”kata Gmie Screen didakwa mengamalkan ilmu sihir untuk terus kekal dalam program nyanyian Gegarvaganza musim ketiga (GV3).

 

Memetik BH, beliau yang menggayakan beberapa bentuk cincin di kedua-dua belah tangannya itu, terkejut dengan dakwaan tersebut.

 

Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim, 45, menegaskan dia tidak mengamalkan sebarang perkara khurafat yang boleh memudaratkan dan salah di sisi agama.

 

Jelasnya, sejak dari dahulu dia sentiasa tampil dengan imej tersebut dan ia tiada kena mengena dengan amalan ilmu hitam.

 

“Sejujurnya saya hanya sujud pada Tuhan yang Maha Berkuasa. Bagi menghilangkan gementar sebelum mengadakan persembahan saya membaca surah. Bagi saya mudah saja, jika saya mengamalkan perkara khurafat, buktikan,” katanya yang mahu pihak yang mendakwanya tampil dengan bukti sekiranya dia melakukan perkara sedemikian.

 

Terdahulu, Gmie menganggap nasib menyebelahinya apabila menerima imuniti ‘Pamoga Qu Puteh’ daripada penaja GV3, Datuk Seri Vida untuk melayakkan beliau ke pentas separuh akhir pertandingan itu, Ahad depan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...