loading...

Syarikat Israel Mampu ‘Curi’ Maklumat Telefon Pintar

TEL AVIV – Sebuah syarikat penggo­dam Cellebrite hanya memerlukan beberapa saat untuk ‘me­ngunci’ telefon pintar malah mampu ‘mencuri’ maklumat da­lam gajet tersebut.

 
AFP melaporkan, Cellebrite yang berpangkalan di Israel menyediakan perkhidmatan untuk lebih 115 buah negara, bagi membantu dalam hal berkaitan keselamatan seperti aktiviti keganasan.

 
Mac lalu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan telah menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi menggodam telefon jenis iPhone milik pengganas Daesh di San Bernardino, California bagi menjejaki suspek.

 
Eksekutif Kanan Cellebrite, Leeor Ben-Peretz yang ditemui AFP berkata, Cellebrite merupakan yang terbaik di dunia dalam bidang teknologi.

 
“Ada beberapa peranti yang boleh digodam dan kita juga boleh akses semua jenis maklumat yang ada dalam gajet ber­kenaan termasuk yang telah dipadam beberapa tahun lalu,” katanya.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...