KUALA LUMPUR – Ahli Parti Pribumi Persatu Malaysia (PPBM) seumur hidup mempersolkan lantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi jawatan Naib Presiden parti yang disifatkannya tidak layak.
Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar (gambar kanan) berkata, beliau kecewa diatas lantikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ekoran Khairuddin Abu Hassan lebih layak mendokong jawatan berkenaan.
“Mereka yang dilantik jawatan tertinggi, saya tidak nampak keikhlasan mereka menentang (Datuk Seri) Najib… mereka tidak pernah menunjukkan keberanian menentang Najib,” katanya dipetik Free Malaysia Today (FMT).
Ujarnya, berbanding dengan Khairuddin yang lantang ‘memerangi’ Perdana Menteri, individu lain yang dilantik kata Zaeinal “hanya mengambil kesempatan diatas kejayaan PPBM”.
Katanya, Khairuddin berdiri seiring dengan pemimpin PPBM lain – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang pentadbiran Najib.
Tambahnya lagi, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu juga bersama PPBM sejak hari pertama ianya ditubuhkan lagi.
“Saya bersama Khairuddin bersama-sama menentang Najib sejak dari mula.
“Kami menempuhi pelbagai cabaran, menerima pelbagai ugutan dan merisikokan periuk nasi kami.
“Adakah mereka (tiga Naib Presiden PPBM) sanggup melakukan perkara sama?
“Adakah mereka cukup berani untuk tidur didalam lokap seperti Khairuddin? Mereka semua membisu,” tegasnya.
Semalam, PPBM mengumumkan barisan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) melengkapi organisasinya sebagai parti pembangkang baru.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinaikkan pangkat kepada Timbalan Presiden sementara jawatannya kini disandang oleh Abdul Rashid.
Dua lagi jawatan Naib Presiden diisi oleh peguam Datuk Abdul Rashid Asari dan bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.
Khairuddin dalam pada itu sudah melepaskan keahliannya dari PPBM dengan alasan untuk memberi fokus terhadap agenda Deklarasi Rakyat.
Beliau memberi amaran kepada pemimpin PPBM untuk tidak mempertikaikan tindakannya keluar parti sekiranya tidak mahu skandal melibatkan parti berkenaan didedahkan. – Malaysian Digest
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW