LOS ANGELES – Kisah percintaan Putera Harry dengan Aktres cantik, Meghan Markel didedahkan baru-baru ini.
Sebelum ini aktres itu mengelak daripada media sejak kisah hubungan mereka tersebar, lapor portal Mail Online.
Kisah keintiman Markel,35 dan Putera Harry heboh diperkatakan selepas pelakon kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu dikatakan memuat naik beberapa gambar romantik seakan mengiakan hubungan mereka.
Portal hiburan US Weekly melaporkan, pelakon itu telah diundang untuk menyertai keluarga diraja Britain meraikan ulang tahun kelahiran Putera Harry ke-32 pada 15 September lalu.
Pasangan itu dikatakan menghabiskan masa bersama selama beberapa hari di Toronto termasuk ketika sambutan hari Halloween di Kelab Soho House.
Sumber yang rapat dengan Putera Harry memberitahu akhbar tabloid The Express bahawa adik pewaris kedua takhta Britain itu semakin gembira sejak mengenali Markel.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW