loading...

Annuar Akui Penat Isu Pasukan Kelantan, Angkat Bendera Putih

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengakui sudah mula penat untuk menangani pelbagai isu pasukan Kelantan terutama melibatkan masalah kewangan.

 

Beliau berkata, agak buntu memikirkan masa depan dan hala tuju skuad The Red Warriors, sekali gus menyuarakan isi hatinya di mana mungkin sudah sampai masa pengurusan pasukan itu diperbaharui.

 

“Mungkin sudah tiba masa Kelantan membuat pembaharuan daripada segi pengurusan sebagaimana dilakukan beberapa pasukan lain yang kemudiannya berjaya mencipta kecemerlangan.

 

“Sehubungan itu, saya berhasrat melepaskan jawatan yang disandang sejak 2008 lalu sekali gus memberi laluan kepada orang baharu untuk memimpin skuad gergasi Pantai Timur tersebut,” katanya, petik Kosmo.

 

Beliau berkata, apabila melihat pasukan lain se­perti Kedah yang cemerlang kebelakangan ini, beliau juga mahukan pasukan kesayangannya itu turut cemerlang mengharungi Liga Malaysia pada musim depan.

 

“Saya nak tengok Kelantan pun cemerlang, jadi kita kena beri peluang kepada orang baharu. Kedah, Johor dan Selangor yang berjaya semua ada daya kepimpinan baharu.

 

“Saya ini dah habis gas. Eloklah kita buat pembaharuan kepada Kelantan,” katanya yang sebelum ini pernah beberapa kali menyuarakan hasrat secara terbuka untuk melepaskan jawatan itu.

 

Namun tiada siapa tampil menawarkan diri untuk mengambil alih pengurusan badan bola sepak negeri tersebut.

 

Pelbagai isu dihadapi pasukan itu antaranya masalah kewangan termasuk tunggakan gaji pemain serta terbaharu, khabar angin penghijrahan enam pemain The Red Warriors ke pasukan lain untuk musim depan.

 

Mengulas khabar angin penghijrahan enam pemain itu, Annuar berkata, dia tidak tahu menahu perkara tersebut dan sekiranya benar, para pemain perlu sedar mereka terikat dengan kontrak yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...