loading...

Erdogan Bela Trump

ANKARA –  Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam tindakan anti Trump di Amerika Syarikat dan Eropah kerana menggelar bakal presiden baharu Amerika Syarikat itu sebagai ‘diktator’.

 

 

 

AP melaporkan, Erdogan yang berucap di satu mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul berkata, sudah menjadi amalan negara Barat menggelar pemimpin yang tidak memeuhi kepentingan mereka ‘kuku besi.’

 
Pemimpin Turki itu menggesa negara terbabit menghormati demokrasi.

 

 

“Barat akan terus menyambut penzalim yang ada darah di tangan mereka dengan permaidani merah dan mengecop sesiapa yang mengkritik mereka sebagai diktator,” kata Erdogan yang sering dikritik kerana cara pemerintahan kuku besinya.

 

 

Hubungan Trump dengan pentadbiran Presiden Barack Obama tegang, khususnya berkait dengan sokongan Amerika Syarikat terhadap militia Kurdis yang diharamkan oleh Turki dan keengganan Washington mengekstradisi tokoh agama yang didakwa merancang rampasan kuasa Julai lalu.

 

 

Erdogan juga berkata, dia tidak memandang serius terhadap kenyataan Trump mengenai Islam atau Muslim kerana menganggap bakal presiden baharu itu akan membetulkan tanggapannya selepas memegang jawatan itu secara rasmi pada 20 Januari depan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...