BALI, INDONESIA – Lapan banduan yang menubuhkan satu kumpulan muzik telah menghiburkan penonton di perkarangan penjara dengan lagu popular mereka, mengenai bahaya dadah.
Reuters melaporkan, kupulan yang di kenali sebagai Anak Tirai Besi atau Antrabez, ditubuhkan di dalam Penjara Kerobokan pada Julai lalu dan dianggotai enam banduan lelaki dan dua banduan wanita.
Kesemua mereka dihukum penjara antara tiga bulan hingga empat tahun atas kesalahan berkaitan dadah.
“Kami tidak kisah orang di luar sana memanggil kami sampah masyarakat.
“Kadang-kala sampah juga berguna. Apabila kita mengkitar semula sampah ia boleh menjadi barangan yang lebih baik,” kata pengasas dan pemain gitar Antrabez, Oktav Sicilia.
Oktav, 35, dihukum penjara tiga tahun kerana memiliki dadah.
Pihak berkuasa berharap, kejayaan Antrabez menunjukkan keberkesanan program pemulihan dalam penjara walaupun Indonesia mempunyai undang-undang antidadah yang ketat, termasuk hukuman mati.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW