HOLLYWOOD – Angelina Jolie telah mengajak bekas suaminya, Brad Pitt kembali berkumpul untuk meraikan hari kesyukuran (thanksgiving).
Laporan OK! Magazine melaporkan, Jolie dikatakan menghubungi Pitt demi kebahagiaan keenam anak mereka sekali gus berkumpul bersama bagi meraikan majlis keraian yang disambut pada 24 November depan.
Menurut sumber, anaknya Shiloh, pada mulanya memaksa Jolie agar menghubungi Pitt.
“Saya rasa kesempatan ini baik untuk kita,” kata Jolie yang membalas ucapan terima kasih Pitt kerana mengundangnya pada majlis itu.
Jolie menfailkan cerai terhadap Pitt pada 14 September lalu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW