loading...

Video: Pemuda Umno Batal Hasrat Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah hari ini membatalkan hasratnya untuk membuat laporan polis ke atas dua individu yang dikatakan menyalurkan dana untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri.

 

Beliau ketika ditemui pihak media mendakwa setelah diteliti semua dokumen yang diperolehinya sebelum ini adalah tidak sahih dan palsu.

 

“Setelah merujuk dan berbincang dengan sumber-sumber yang boleh dipercayai saya dapati segala yang dikatakan mengenai 2 individu yang terlibat dalam gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah tidak benar.

 

“Saya dapati semua dokumen yang diberikan kepada saya tempoh hari adalah tidak sahih dan saya telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan laporan polis terhadap dua individu yang diperkatakan itu,” ujarnya ketika sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi.

 

Beliau turut menggea pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan tanpa melalui sistem pilihanraya.

 

“Saya juga ingin menegaskan kepada mana-mana pihak yang ingin menganggu urusan tadbir dan kepimpinan negara melalui cara yang tidak demokrasi baik melalui demotrasi jalanan mahupun politik kebencian secara tegas meminta pihak berkuas polis mengambil tindakan tegas mengunakan undang-undang negara.

 

“Umno berpegang kepada konsep demokrasi berpelembagaan,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu anak kepada jutawan Vincent Tan dan pemilik kumpulan media The Edge, Tooi Kooi Ong dikatakan terlibat dalam gerakan tersebut.

 

 

 

LAPORAN VIDEO MENYUSUL



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...