loading...

Video: Insiden Anak Putera William Enggan Salam PM Kanada, Viral

Putera William dan Kate Middleton dikhabarkan kini berada di Kanada dalam rangka kunjungan kenegaraan. Tidak hanya berdua, pasangan ‘Duke and Duchess of Cambridge’ yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 ini juga membawa kedua-dua anak mereka, Putera George dan Puteri Charlotte.

 

Apa yang menjadi bualan dan lebih mencuri tumpuan kerana banyak kejadian menarik dan lucu saat empat beranak itu tiba di Kanada.

 

Salah satunya, ketika mereka baru saja tiba di bandar yang terletak di Victoria, British Columbia. Di mana kedatangan mereka disambut dengan hangat dan meriah oleh para pengawai tertinggi negara termasuklah Perdana Menteri, Justin Trudeau.

 

Dikala ibu bapanya sedang berbual dengan para VVIP yang menyambut mereka, Putera George didekati perdana menteri kacak berusia 44 tahun itu.

 

Malahan Justin sanggup berlutut semata-mata mahu bersalaman putera comel itu. Namun lucunya, Putera George menolak ketika diajak bersalaman dan ‘hi-five’ oleh Justin.

 

Meskipun puas dicuba beberapa kali, namun usaha Justin yang sangat menginginkan bersalaman dengan kanak-kanak berusia tiga tahun itu tetap gagal.

 

Sejurus menolak bersalaman dengan Justin, Putera George kemudian melambaikan tangan ke arah kamera.

 

Rakaman video insiden lucu yang dimuat naik di laman YouTube itu menjadi viral dan sehingga kini mendapat lebih 1 juta tontonan.

 

 

 

LAPORAN VIDEO MENYUSUL



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...