KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk membebaskan industri tenaga daripada cengkaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kata Penganalis politik, Raja Petra Kamarudin.
Beliau berkata, Tun Mahathir menyedari sekiranya perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya, akan menyebabkan kawalan terhadap industri tenaga berakhir.
“Jadi, beliau lakukan sabotaj terhadap 1MDB, mula-mula dengan mensabotaj tawaran permulaan awam (IPO) dan kemudian, dengan menyebarkan kisah bahawa 1MDB mengalami kerugian RM42 bilion.
“Walhal, nilai asetnya melebihi liabiliti sebanyak RM9 bilion dan apa yang dikatakan kerugian RM42 bilion itu adalah jumlah pinjaman,” katanya, memetik Malaysia Today.
Tambah Raja Petra, Najib mengetahui tindakan Tun Mahathir menyerang 1MDB sejak Disember 2014 dan tiada kaitan dengan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.
Matlamat Tun Mahathir sejak 1990 adalah untuk menguasai industri tenaga yang menyalurkan kira-kira RM20 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).
Katanya, memandangkan Najib tidak boleh memiliknegarakan agensi yang telah diswastakan, maka pengambilalihan IPP perlu dilakukan secara komersial melalui sebuah GLC.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW