loading...

PM Teruja Lawat Stesen MRT

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi pengalamannya pada Khamis yang melawat stesen Mass Rapid Transit (MRT) menerusi entiti terbaru blognya www.najibrazak.com.

 

Malah, Najib yang menyifatkan projek itu yang begitu dekat dihatinya, turut tidak sabar untuk melihat rakyat Malaysia menaikinya apabila siap nanti.

 

“Perkara pertama yang menarik perhatian saya setibanya di stesen MRT ini adalah kecanggihan dan keselesaan kemudahan yang disediakan.

 

“Saya lihat juga bahawa platform tempat menunggu begitu luas dan mampu menampung ramai pengguna,” kata perdana menteri yang turut berkongsi beberapa gambar stesen berkenaan dalam blognya itu.

 

Beliau berkata projek itu membuktikan bahawa pendekatan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ kerajaan itu akan terus membawa banyak manfaat kepada rakyat.

 

“Saya dimaklumkan bahawa di waktu puncak, selang waktu atau interval antara tren cuma 3.5 minit!,” kata beliau yang sering meninjau dan meneliti perkembangan projek ini dari semasa ke semasa.

 

Najib pada Khamis meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat projek MRT Lembah Klang (KVMRT) bermula di Stesen Semantan hingga ke Stesen Phileo Damansara di sini.

 

Lawatan mengejut itu merupakan lawatan kerja kelima perdana menteri ke projek KVMRT dan hari ini kali pertama beliau menaiki tren MRT, yang jelas menunjukkan komitmen dan perhatian beliau secara konsisten bagi memastikan projek itu siap pada masa dan kos yang ditetapkan.

 

Tambah Najib, setakat hari ini, kemajuan projek laluan Sungai Buloh dan Kajang (SBK) telah mencapai 89 peratus dan fasa pertama daripada Stesen Sungai Buloh sehingga ke Stesen Semantan akan beroperasi bermula Disember tahun ini, dengan baki laluan lain siap pada Julai 2017. – BERNAMA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...