loading...

Kanak-Kanak Derita Kanser Rongga Hidung Meninggal Dunia

KOTA BHARU – Kanak-kanak yang menderita kanser rongga hidung, Ummu Najwa Nasuha, 4, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, jam 2.40 pagi kelmarin.

 

Bapanya, Mohd Zulkifli Che Noh, 27, berkata anaknya meninggal dunia selepas dibawa mendapatkan rawatan kerana tidak dapat makan dan minum dengan sempurna.

 

Katanya, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chat, Gelang Mas, Pasir Mas selepas solat Jumaat, semalam.

 

Kisah Ummu Najwa yang menghidap kanser rongga hidung atau Naso-Pharyngeal Carcinoma sejak Julai lalu, disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini.

 

Kanak-kanak itu hanya terlantar di rumahnya dan menerima rawatan alternatif selepas dimaklumkan peluang untuk hidup hanya 50-50 jika menjalani pembedahan. – BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...