loading...

IS Cuba Rekrut Golongan Cina Muslim – PDRM

KUALA LUMPUR – Polis mengesan kumpulan militan Negara Islam atau Islamic State (IS) cuba merekrut golongan Cina Muslim di negara ini dengan terbongkarnya laman web serta laman sosial milik kumpulan terbabit, kata DSP Tan Kok Tiang.

 

Tan, yang merupakan Pegawai Bahagian Kajian dan Strategik Cawangan Khas PDRM Bukit, Aman berkata laman terbabit turut memaparkan lagu dalam bahasa Mandarin.

 

“Agak ramai suspek anggota militan ini berasal dari Johor. Ini membuktikan Johor telah menjadi lokasi persembunyian dan Segamat adalah salah satu daripadanya.

 

“Sebab itu polis ambil keputusan untuk mengadakan seminar melalui persatuan daerah Johor untuk menerangkan keadaan semasa ketika,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

 

Kok Tiang menyeru kaum Cina agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah militan itu.

 

“Setakat ini di China seramai 800 Cina Muslim etnik Uyghur di Wilayah XinJiang dikesan terlibat dengan kegiatan militan IS,” katanya.

 

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia Kelantan, Johari Yap berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan ahlinya cenderung kepada pergerakan militan itu.

 

“Bagi mereka yang baru masuk Islam, kadang-kala mungkin timbul kekeliruan mengenai sesuatu isu tetapi mereka akan segera merujuk kepada kita,” katanya.

 

Tambahnya, mustahil golongan Cina Muslim menyertai kumpulan pengganas kerana mereka masih mempunyai keluarga bukan Islam.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...