Selepas beberapa kali menjejakan kaki ke tanah suci Mekah ketika bulan Ramadhan, kali ini Rozita Che Wan teringin pula merasai nikmat sambutan Aidilfitri di Mekah. Menurut Che Ta, hasratnya itu sepatutnya tertunai pada Syawal tahun ini namun terpaksa ditangguh ke tahun hadapan kerana terikat dengan tuntutan kerja selepas sambutan raya ini.
BACA: Zain Saidin, Che Ta Sediakan 110 Pasang Baju Raya
“Saya akan ke Makkah selepas raya nanti untuk menjalani penggambaran. Sudah lama saya teringin beraya di Makkah kerana sebelum ini, saya hanya berkesempatan menyambut Ramadan di sana. Saya ingin merasai pengalaman baharu kerana sudah terbiasa beraya di ibu kota dan kampung. Siapa tahu, hasrat saya itu mungkin akan dimakbulkan Allah”
“Kami sekeluarga akan terlebih dulu beraya di Kuala Lumpur, dan seterusnya bertolak ke Kedah pada hari raya kedua. Alhamdulillah, setakat ini kami tidak pernah ada masalah mengenai isu balik kampung ketika hari raya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perancangannya mereka sekeluarga menjelang sambutan Aildifitri tidak lama lagi.
Umum sememangnya mengetahui bahawa Che Ta sekeluarga gemar bercuti ke luar negara setiap kali tiba musim perayaan, jadi untuk Aidilfitri tahun ini, Che Ta memberitahu bahawa beliau akan bercuti selama sebulan. Katanya, mereka sekeluarga akan berkunjung ke beberapa lokasi seperti Barcelona, Madrid, Cordoba dan banyak lagi selepas raya nanti.
Selain itu, jelasnya lagi walaupun kehadiran beliau ke Mekah pada tahun ini adalah bagi menjalani sebuah penggambaran bersama produksi Zeel Productions selepas Aidilfitri nanti, namun pada masa yang sama beliau turut cuba mengambil kesempatan itu untuk menjalani ibadah umrah. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW