loading...

Amar Baharin, Amyra Rosli Bakal Nikah Lepas Raya?

Nampaknya masih belum reda lagi isu pasangan selebriti yang sedang hangat bercinta, Amar Baharin dan Amyra Rosli yang pernah dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada November nanti. Terbaru pula, menerusi ruangan Cik Pang di Metro Ahad, pasangan ini sekali lagi dikhabarkan akan berkahwin tetapi lebih cepat iaitu sejurus selepas sambutan Aidilfitri.

BACA: Amyra Rosli & Amar Baharin Kahwin November Ini?

“Kata teman ini, dia berasakan memang benarlah seperti apa yang dicanangkan orang mengenai Amar dan Amyra akan bernikah selepas bulan puasa ini. Dia terdengar Amar sekarang berlatih memanggil ibu Amyra dengan penggilan mama. Seperti diketahui umum, ibu Amyra turut menguruskan kerjaya seni Amar selain daripada anaknya sendiri, Amyra”

“Kalau benar pun Amar memanggil pengurusnya mama, apa salahnya. Memang pengurus kerjanya seperti seorang ibu. Rasanya memang sejak dulu lagi Amar memanggil ibu Amyra dengan panggilan mama. Tapi kata teman itu lagi, takkan Amar nak panggil mama untuk pengurusnya itu di hadapan orang ramai, sekurang-kurangnya panggillah Puan Nor”

“Kalau sudah berani buka mulut panggil ibu Amyra itu dengan panggilan mama sekuat hati di hadapan orang ramai, bermakna mungkin dia sudah tidak kisah lagi kalau orang ramai tahu yang dia memang rapat dengan ibu Amyra dan memang benarlah ibu Amyra nanti akan menjadi ibu mentuanya,” tulis Cik Pang di ruangan Harian Metro mengenai perkara itu.

Walau apapun, didalam hal sebegini lebih baik empunya badan sendiri yang menjawab sejauh mana kebenaran cerita ini. Gosip sebegini pun sudah beberapa kali melanda pasangan bahagia ini, jadi mungkin inilah petanda pasangan ini merancang sesuatu sebab kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. (rkty/w)

1- Amar Baharin, Amyra Rosli Bakal Nikah Lepas Raya? - jpeg 2- Amar Baharin, Amyra Rosli Bakal Nikah Lepas Raya? - jpeg 4- Amar Baharin, Amyra Rosli Bakal Nikah Lepas Raya? - jpeg 5- Amar Baharin, Amyra Rosli Bakal Nikah Lepas Raya? - jpeg 6- Amar Baharin, Amyra Rosli Bakal Nikah Lepas Raya? - jpeg 7- Amar Baharin, Amyra Rosli Bakal Nikah Lepas Raya? - jpeg

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...