JAKARTA – Beberapa jam selepas menjalani hukuman tembak sampai mati di Penjara Nusakambangan, Indonesia, mayat empat banduan mula dibawa keluar dari Pelabuhan Wijayapura.
Empat banduan tersebut ialah warga Indonesia Freddy Budiman dan tiga warga Nigeria, Seck Osmane, Michael Titus dan Humphrey Jefferson Ejike.
Mayat Osmane dan Titus akan diterbangkan ke negara asal mereka, manakala Jefferson akan dikebumikan di Indonesia.
Menurut Timbalan Peguam Negara Indonesia Noor Rachmad, pelaksanaan hukuman ke atas empat pengedar dadah itu telah dijalankan pada jam 12:45 pagi waktu tempatan.
Hukuman ke atas 10 lagi banduan yang disabitkan jenayah dadah walau bagaimanapun belum diputuskan.
Terdapat seramai 14 banduan yang kebanyakannya warga asing menjalani hukuman tembak hingga mati di Penjara Nusakambangan.
Ini adalah kali ketiga Indonesia di bawah pentadbiran dua tahun Presiden Joko Widodo atau Jokowi melaksanakan hukuman mati terhadap penjenayah khususnya pesalah dadah.
Sebelum ini, Indonesia mempertahankan pelaksanaan hukuman mati di negara itu sebagai sebahagian undang-undang positif.
Kenyataan itu sebagai menolak rayuan ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) yang mahu republik itu menangguhkan pelaksanaan hukuman mati ke atas 14 pesalah dadah.-Agensi
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW