PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan kerjasama dengan Unit Risikan Sempadan (URS) Thailand dalam usaha menangani aktiviti penyeludupan di sempadan kedua-dua negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kerjasama itu penting bagi membolehkan kedua-dua pihak berkongsi maklumat, seterusnya mengambil tindakan lebih berkesan jika wujud sebarang pergerakan mencurigakan di kawasan berkenaan.
Katanya, pembolosan tidak hanya berlaku di laluan tikus mahupun pos kawalan keselamatan, tetapi melalui pelbagai cara.
“Penyeludupan tidak hanya membabitkan senjata api, tetapi juga dadah, ketum dan lain-lain. Pelbagai cara mereka gunakan untuk menyeludup barangan
“Sebab itulah penting untuk kita jalinkan kerjasama rapat dengan mereka (Thailand) supaya kita dapat kesan individu yang disyaki terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Persidangan ASEANAPOL di Hotel Marriot, di sini, semalam.
Sementara itu, Khalid enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kaedah untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan.
Beliau menjelaskan perkara itu sedang dibincangkan dan diteliti oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). – BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Sar Cari Budak Autisme Hilang Di Baling Disambung ...

Tak Ramai Tahu Nama Saya.. Lee Kwangsoo Kongsi ...

Sukses Capai Jualan Rm250 Juta Sebelum Raya, Kontr ...

Kantoi Kongsi Tips Elak Cukai Gst Di Media Sosia ...