loading...

Anggota Polis Terkena Tembakan Rakan Meninggal Dunia

SERDANG – Polis Serdang sahkan anggotanya berpangkat Sarjan yang terkena tembakan tidak disengajakan oleh rakan setugasnya di Balai Polis Bandar Kinrara, di sini, pagi tadi, meninggal dunia.

 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, anggota berusia 57 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang, kira-kira jam 4 petang tadi.

 

Katanya, anggota terbabit dilaporkan kritikal selepas terkena tembakan di bahagian belakang kepala.

 

“Berita menyedihkan kita terima mangsa sudah meninggal dunia sebentar tadi selepas dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang,” katanya menerusi satu kenyataan.

 

Dalam kejadian Jam 9 pagi tadi mangsa parah selepas terkena tembakan yang tidak disengajakan oleh petugas stor senjata berpangkat Lans Koperal yang sedang mengosongkan kelopak senjata.

 

Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang memeriksa kenderaan MPV yang terletak 70 meter dari stor senjata berkenaan.

 

Menurut Megat, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan.

 

Katanya, siasatan dijalankan bagi mengenalpasti punca sama ada membabitkan kecuaian atau sebaliknya sebelum tindakan diambil. – HMetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...