loading...

Islam Bukan Agama Keganasan, Kata Pope Francis

WARSAW – Pemimpin Roman Katolik, Pope Francis, menegaskan Islam tidak boleh disamakan dengan keganasan dengan memberi amaran,

 

Eropah meletakkan penduduk mudanya ke dalam tangan pelampau.

 

“Ia tidak benar dan tidak tepat untuk mengatakan Islam adalah keganasan. Saya rasa menyamakan Islam dengan keganasan adalah tidak betul,” katanya kepada wartawan dalam penerbangan pulang dari lawatan ke Poland.

 

Francis mempertahankan keputusannya tidak mengaitkan Islam ketika mengutuk pembunuhan kejam paderi Katolik di Perancis dalam siri serangan di Eropah yang didakwa dilancarkan IS.

 

“Ada sekumpulan kecil pelampau dalam hampir semua agama. Mereka juga ada dalam agama Kristian.

 

“Jika saya mahu mengaitkan Islam dengan keganasan, saya perlu bercakap mengenai keganasan Kristian.

 

“Setiap hari dalam akhbar saya membaca keganasan di Itali, seseorang membunuh teman wanitanya, seorang lagi membunuh ibu mentua dan mereka adalah penganut Kristian,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas umat Islam menghadiri perhimpunan Katolik di gereja sekitar Perancis pada Ahad untuk menunjukkan solidariti dan kesedihan berikutan pembunuhan paderi berkenaan, yang dikelar di leher.

 

Dalam kenyataan sama yang dibuat ketika lawatan lima hari ke Poland bagi menghadiri festival belia Katolik, Francis berkata agama bukan faktor mendorong keganasan.

 

“Lidah juga boleh membunuh,” katanya merujuk kepada peningkatan pihak yang menyemarakkan isu perkauman dan diskriminasi. – AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...