loading...

Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Dato Red

Kontroversi video mesra diantara Ruhainies dan Dato Seri Adnan Abu mungkin sudah lama berlalu, namun masih ramai pihak yang menggunakan kontroversi itu mempersendakan beliau. Tidak mahu terus terpalit dengan kontroversi itu, Ruhainies memilih untuk menarik diri daripada terus bekerjasama dengan Dato Red didalam sebuah iklan syarikat beliau.

BACA: Ruhainies Dan Datuk Adnan Kekal Berhubung

“Pertemuan kami untuk membincangkan projek filem pendek seperti iklan raya membabitkan saya dan dia baru-baru ini. Sebelum berlakunya lebih banyak masalah, lebih baik saya batalkan dan menarik diri. Saya tidak mahu terus dihimpit kontroversi lain. Seboleh-bolehnya saya mahu bekerja dalam suasana tenang dan selesa,” katanya kepada Projek MMO.

Dalam masa yang sama, Ruhainies turut meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pihak yang berterusan meletakkan kesalahan kontroversi yang tercetus diatas bahu beliau. Dengan itu, bagi mengelakkan masalah yang tidak sepatutnya berlaku, Ruhainies meletakkan jarak didalam perhubungan beliau dan suami kepada penyanyi, Adira itu.

Terdahulu, Ruhainies pernah mengeluarkan kenyataan dimana beliau masih akan mengekalkan hubungan baik bersama Dato Red kerana dirinya yang bersikap profesional terhadap kerjayanya. Malah baginya, tiada sebab untuk beliau mengelak berhubung dengan ahli perniagaan itu kerana jelas tiada hubungan istimewa pernah terjalin diantara mereka. (rkty/w)

1- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg 2- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg 3- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg 4- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg 5- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg 6- Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red- jpeg

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...