loading...

Mangsa Ditembak Mati Angkara Kongsi Gelap

KUALA LUMPUR – Perbalahan antara geng kongsi gelap untuk berebut kawasan dipercayai menjadi motif utama seorang ahli perniagaan yang disahkan sebagai ah long ditembak mati di persimpangan lampu isyarat berhampiran Setapak Central di Danau Kota di sini kelmarin.

 

Menurut satu sumber Kosmo!, mang­sa berusia 43 tahun itu dikatakan bergiat aktif sebagai ah long di sekitar kawasan Setapak, Sri Rampai dan Wangsa Maju sejak 10 tahun lalu selain terlibat dalam aktiviti kongsi gelap Geng Satu Hati.

 

Difahamkan, mangsa berjinak-jinak dalam kegiatan menyalahi undang-undang sejak berusia 25 tahun dan syarikat pinjaman wang milik mangsa itu beroperasi di sekitar Lembah Klang.

 

Katanya, pembunuhan kejam V. Kanthasamy, 43, dikaitkan dengan geng kongsi gelap selepas Ketua Geng Satu Hati turut dilaporkan maut ditembak dalam satu kejadian di Jinjang Selatan di sini pada 25 Januari lalu.

 

“Berdasarkan siasatan terkini mangsa dikatakan pernah me­nerima ugutan bunuh sebelum ini, namun tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung ugutan tersebut.

 

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan, malah kita akan memanggil ahli keluarga terdekat mangsa untuk merakamkan percakapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. – Kosmo!



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...