BEIJING – Seorang pemilik restoran di China dipaksa menelan seekor lipas oleh seorang pelanggan yang terlebih dahulu menemukan serangga itu dalam hidangannya.
Menurut Mail Online yang memetik laporan People’s Daily Onine, insiden itu berlaku pada 25 Julai lalu di sebuah restoran di Changsha di wilayah Hunan.
Terdahulu, pelanggan restoran itu mendesak pemilik restoran yang merupakan seorang wanita, sama ada makan lipas berkenaan atau membayar ganti rugi kepadanya sebanyak 5,000 yuan (RM3,044).
Tanpa diduga, pemilik restoran itu kemudiannya menelan serangga tersebut dan enggan membayar ganti rugi seperti yang diminta pelanggannya itu.
Namun, lelaki itu kemudian tetap mahu wanita tersebut membayar ganti rugi atas apa yang dialaminya.
Wanita itu, bagaimanapun tetap enggan berbuat demikian.
Menurut sumber, restoran yang telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan tidak pernah berdepan dengan masalah sebelum ini.
Beberapa pekerja restoran itu percaya, majikan mereka menjadi mangsa peras ugut.
Pada 26 Julai, Jabatan Pentadbiran Dadah dan Makanan China melawat restoran itu untuk pemeriksaan.
Mereka mendapati, restoran itu menggunakan peralatan lama dan tidak mempunyai kemudahan untuk menghapuskan pembiakan lalat atau tikus.
Jabatan itu kemudian meminta restoran berkenaan ditutup selama lima hari supaya mereka boleh membuat perubahan yang diperlukan. – UTUSAN
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW