loading...

Pesta Durian Jadi Budaya Baharu Malaysia

KUALA LUMPUR – Fiesta Durian atau Kendurian akan diperluas dan dijadikan sebagai budaya baharu di negara ini, ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

 

Jelasnya, langkah itu susulan sambutan menggalakkan daripada pengunjung termasuk pelancong dalam dan luar negara.

 

“Jualan di Dataran Merdeka sahaja sebanyak 50 tan dapat dihasilkan dan di sini pengunjung berpeluang mencari pelbagai jenis durian… ada Musang King, durian kampung, durian klon.

 

“Sekarang ini, di Hong Kong, harga durian boleh cecah $400 dan ia meningkat melalui kempen seperti ini selain memberi pendapatan baik kepada pengusaha durian dalam negara kita,” katanya selepas melancarkan Kendurian di Dataran Merdeka di sini hari ini.

 

Tambahnya, hasil jualan buah durian yang julung kali diadakan di Dataran Merdeka ini boleh mencecah sehingga RM1 juta sepanjang tiga hari acara diadakan.

 

Beliau, dalam pada itu, menggalakkan mana-mana agensi kerajaan dan pihak korporat melakukan acara sama bagi memeriahkan dan mewarnai aktiviti pelancongan di Malaysia.

 

“Kalau di tempat lain pada Julai, Ogos dan September mereka ada pesta mereka, namun kita namakan pesta ini sebagai Durian Fest dan kita menggalakkan pejabat-pejabat kerajaan, korporat dan keluarga mengadakan acara ini, seperti pesta durian, kendurian dan mari makan buah-buahan tempatan,” tambahnya lagi.

 

Bertempat di Dataran Merdeka, pesta makan durian ini bermula sejak Jumaat dan akan berakhir pada Ahad ini.

 

Pengunjung boleh menikmati raja buah ini dengan kaedah pilih, timbang, bayar dan makan di ruang yang disediakan.

 

Pesta makan durian bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 10 malam.

 

Selain ibu negara, Kendurian turut diadakan di Pahang, Perak, dan Pulau Pinang.

 

Antara durian yang menjadi pilihan pengunjung ialah Musang King, D24, dan Udang Merah.-Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...