KUALA LUMPUR — Bekas isteri Sultan Brunei bertunang dengan selebriti media sosial Wak Doyok seminggu lalu.
Majlis pertunangan Azrinaz Mazhar Hakim, 37, dengan Muhammad Azwan Mohd Nor, 36, di kediaman wanita itu di Desa Hartamas dihadiri keluarga terdekat, lapor Mingguan Malaysia.
“Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu,” kata sumber kepada akhbar itu.
Namun tarikh persandingan mereka, yang sering tampil mesra berdua di Instagram, masih belum dipastikan. Pertunangan itu dilaporkan pada 23 Julai lalu.
Mengulas gosip cinta mereka, Wak Doyok sebelum ini berkata Azrinaz “sekadar kawan.”
Bekas personaliti TV3 itu, sebelum ini berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah, berkenalan dengan Wak Doyok sejak tahun lalu.
Azrinaz berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada 2005 dan bercerai lima tahun kemudian.
Pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 10, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 8. – MalayMail
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW