loading...

“Setiap Hari Isteri Minta Cerai”

Ketika dakwaan menghalau isteri keluar dari rumah hebat melanda Along Raja Lawak atau turut dikenali sebagai Along Cham, akhirnya figura komedi itu sendiri menjelaskan situasi sebenar yang berlaku kepada BH Online.

BACA: Along Raja Lawak Halau Isteri Dari Rumah?

“Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya”

“Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya. Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak?”

“Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?” tegasnya selain menyatakan bahawa dia tidak pernah melarang isterinya bertemu anak lelaki mereka.

Tambah Along lagi, dia menfailkan saman nusyuz terhadap Zila baru-baru ini disebabkan tindakan isterinya itu keluar tanpa meminta izin suami. Apa pun, semoga apa yang terjadi di antara mereka dapat diselesaikan dengan jalan yang terbaik. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Utusan Malaysia



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...