loading...

Adira AF Sah Hamil 7 Minggu

Tahniah kami ucapkan kepada Adira AF dan juga suaminya, Datuk Seri Adnan kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Perkara tersebut dikongsikan suami penyanyi tersebut di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

BACA: “Biar Adira Rasa Apa Yang Pernah Saya Rasa”

8- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA

“Alhamdulillah, doktor sudah sahkan dia hamil tujuh minggu selepas kami buat pemeriksaan di klinik minggu lepas. Dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk cuma peliknya setiap hari dia mahu makan kari mamak, walhal sebelum ini dia tidak suka,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain mengimpikan cahaya mata lelaki bersama Adira, Datuk Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di laman sosial menjelaskan bahawa dia juga kini sedang merancang untuk membawa Adira berbulan madu di bumi Eropah.

“Saya memang sudah lama merancang untuk bawa dia bercuti tapi masih cari masa yang sesuai lagi. Adira suka pantai dan laut dan saya pula tidak suka. Insya-Allah, kalau dimurahkan rezeki saya ingin bawa dia bercuti ke Eropah,” katanya. (rtky/s)

6- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 5- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 4- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 3- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 2- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 1- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...