loading...

Waris Penumpang MH370 Rayu Teruskan Operasi Pencarian

BEIJING – Waris penumpang warga China yang menaiki Penerbangan Malaysia Airlines MH370, yang hilang dua tahun lalu dalam perjalanan ke Beijing, hari ini merayu supaya pencarian diteruskan.

 

Minggu lepas, Malaysia, China dan Australia dalam satu kenyataan bersama berkata pencarian MH370 akan ditangguhkan sekiranya pesawat tidak ditemui di kawasan pencarian sekarang.

 

Boeing 777 itu bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang pada Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.

 

Hampir A$180 juta (RM549.55 juta) dibelanjakan untuk pencarian dalam air meliputi 120,000 km persegi di selatan Lautan Hindi sejak itu.

 

Kira-kira 30 ahli keluarga, ada yang dalam keadaan menangis, berhimpun di Kementerian Luar Negeri Republik Rakyat China untuk menyerahkan petisyen itu, dan sekumpulan dibenarkan masuk walaupun berlaku sedikit ketegangan dengan pihak keselamatan.

 

“Kami membantah keputusan itu. Kita tidak iktiraf sama sekali. Keputusan mereka tidak berasas,” kata Boa Lanfang, 65, yang kehilangan anak lelaki, menantu perempuan dan cucunya dalam penerbangan itu.

 

Sesetengah waris menaikkan sepanduk yang tertera: “Pemerintah tiga negara bertanggungjawab menunaikan janji mereka kepada dunia”.

 

Waris penumpang, yang kebanyakannya warga China, menuntut jawapan sejak pesawat itu hilang.

 

Kementerian Luar Negeri China tidak memberi respon segera ketika diminta mengulas.

 

Penyiasat percaya pesawat terpesong ribuan kilometer dari haluannya sebelum terhempas di selatan Lautan Hindi berhampiran Australia.

 

Pada 2015, penyiasat Malaysia berkata sejarah peribadi, kesihatan dan kewangan para juruterbang dan kru tidak mencurigakan.

 

Beberapa keping bangkai pesawat terdampar di pantai di Afrika dan dikenal pasti daripada MH370 namun penemuan itu tidak merungkai kejadian misteri itu.

 

Pencarian berlangsung sejak dua tahun lalu tetapi bangkai utama pesawat masih belum ditemui. – FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...