KUALA LUMPUR – Pengerusi Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baharu, Tan Sri Abdul Wahid Omar berjanji untuk melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah selepas dilantik bermula 1 Ogos ini, menggantikan Tan Sri Ahmad Sarji yang telah berkhidmat sejak 1996.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri ini dalam kenyataannya berkata, beliau sangat bersyukur diberikan penghormatan untuk menerajui PNB oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Syukur Alhamdulillah. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri dan Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera serta Lembaga Pengarah PNB di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya.
“Ini
Beliau berkata, pelantikan itu amat bermakna memandangkan beliau pernah berkhidmat dengan dua buah syarikat di bawah naungan PNB, iaitu Kumpulan Maybank (2008-2013) dan Kumpulan Amanah Capital yang kini menjadi sebahagian daripada Kumpulan MIDF (1994-2001).
“Saya berjanji akan menjalankan tugas sebaik kemampuan saya dengan jujur dan amanah. Terima kasih,”katanya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

#hiburan: Sebahagian Negeri Di Malaysia Turut Mera ...

Jalan Tar Kecoh, Dbkl Gempur Peniaga Tanpa Lesen ...

Resepi Rendang Daging Sedap Giler ...

Penumpang Bot Ekspres Hilang Selepas Jatuh Sungai ...