KUALA LUMPUR – Anak kedua kepada aktres Nadiya Nisaa yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre, semalam.
Memetik laporan Utusan, suami Nadia, Saiful Razman Kasim berkata, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak.
Beliau menambah, isterinya yang juga pelakon Jejak Warriors bagaimanapun berada dalam keadaan sihat, walaupun masih lemah dan bersedih atas kehilangan tersebut.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW