NEW DELHI – India akan menghantar seorang menteri kerajaan ke Arab Saudi untuk cuba membawa pulang lebih 10,000 pekerjanya yang berdepan ‘krisis makanan’ selepas mereka tidak mampu membeli makanan ekoran diberhentikan kerja.
Harga minyak rendah memaksa Riyadh memotong perbelanjaannya sejak tahun lalu sekali gus memberi tekanan kewangan ke atas firma-firma pembinaan tempatan yang bergantung kepada kontrak kerajaan.
Sebahagian syarikat itu sukar membayar buruh asing dan bertindak membuang puluhan ribu pekerja. Ramai antara mereka tiada wang untuk membeli makanan, apatah lagi tiket penerbangan pulang.
Menteri Luar India, Sushma Swaraj berkata kelmarin bahawa lebih 10,000 rakyat India di Arab Saudi dan Kuwait
“Ramai rakyat India hilang pekerjaan di Arab Saudi dan Kuwait.
“Majikan tidak dapat membayar gaji mereka dan menutup kilang,” katanya di laman Twitter kelmarin.
New Delhi akan menghantar menteri mudanya, V.K. Singh ke Arab Saudi pada minggu ini.
Sementara itu, Konsulat Besar India di Jeddah menyatakan kelmarin bahawa pihaknya telah mengagihkan sebanyak 15,475 kilogram makanan kepada pekerja-pekerja India terbabit sejak tiga hari sebelumnya. – Reuters
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Final Sri Pahang-jdt Dinanti-nantikan ...

Ayam Butter Cheese, Lauk Kegemaran Ramai ...

Cinta Untuk Sekali Lagi Raya ...

Sampai Kena Boo, Peminat Bengang Konsert G-drago ...