loading...

Gantung pemain: Pafa akan kemuka rayuan

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa), akan merayu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bagi meringankan hukuman terhadap pemain muda skuad The Bos Gaurus itu, Muhammad Firdaus Saiyyadi yang digantung dua tahun daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak berikutan positif ujian doping.

 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, selain merayu untuk meringankan hukuman berkenaan, Pafa juga akan membantu pemain berkenaan demi memastikan masa depannya tidak terjejas.

 

“Kita akan cuba untuk merayu agar FAM agar dapat ringankan hukuman pemain berkenaan. Pemain ini masih muda.

 

“Kita juga akan bantu pemain berkenaan untuk menjamin masa depannya,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Difahamkan, keputusan berkenaan dibuat setelah pihak Jawatankuasa Tatatertib FAM bermesyuarat Selasa lalu berdasarkan ujian sampel air kencing pemain berkenaan serta pemain PDRM, Muhammad Syafiq Jamal selepas aksi Liga Super antara Perak dan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka 4 Mei lalu.

 

Kedua-dua emain berkenaan didapati positif ujian doping dan didapati bersalah kerana melanggar Artikel 6 Peraturan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Anti-Doping 2016.

 

Pada 13 Jun pula, Timbalan Pengerusi Jawatankausa Status Pemain FAM, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin telah mendedahkan kedua-dua pemain tempatan berkenaan didapati positif ujian doping.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...