loading...

TMJ Jumpa Najib, Bawa Mesej Rakyat

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, DYMM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat menyampaikan pesanan rakyat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

 

Katanya, pesanan akan disampaikan kepada Najib pada 12 Ogos ini dalam satu sesi pertemuan yang diatur.

 

“Saya ingin berkongsi maklumat yang menarik, saya dijemput untuk sesi minum pertang bersama perdana menteri pada 12 Ogos.

 

“Jadi, jika kamu ada pesanan untuk beliau, kamu boleh berjumpa saya selepas ini,” katanya yang dipetik dari portal Astro Awani melalui rancangan bual bicara Obviously Harith Iskandar.

 

Bagaimanapun, Tunku Ismail tidak mengulas lanjut mengenai tujuan pertemuan berkenaan.

 

Dalam rancangan itu, Tunku Ismail turut mempertahankan kelantangan beliau bersuara.

 

Katanya, beliau berbuat demikian kerana mahu mengingatkan pemimpin supaya berkhidmat kepada rakyat dengan integriti, dedikasi dan pengabdian.

 

“Jika itu suatu jenayah, mereka perlu masukkan saya ke dalam penjara kerana saya akan terus lantang.

 

“Apa sahaja yang kita suarakan tidak kena-mengena soal peribadi menentang mana-mana individu. Ia sesuatu yang kita perlu peringatkan,” katanya.

 

Beliau berkata, tidak ada gunanya beliau berada pada kedudukan sekarang sekiranya gagal mengingatkan pemimpin supaya berkhidmat kepada rakyat.

 

“Saya dibesarkan oleh keluarga terutamanya ayah dan datuk yang sentiasa bersikap jujur dan berterus-terang,” kata beliau.

 

“Kadang-kala kita perlu diplomatik, tetapi saya lebih suka berterus-terang agar mesej dapat disampaikan, jika tidak, orang tidak ambil perhatian serius,” ujar beliau.

 

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru keluarga diraja di negara ini agar memainkan peranan dan bersuara demi rakyat.

 

Beliau berkata, ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selalu berkata kepada beliau bahawa pendidikan, agama dan perniagaan tidak boleh dicampurkan dengan politik.

 

“Jika anda campurkan politik ke dalam tiga perkara ini, ia akan melahirkan rasuah.

 

“Apa sahaja pengorbanan yang saya dan ayahanda saya lakukan hari ini bukan untuk kita, tetapi ia adalah untuk anak-anak anda, anak-anak saya dan cucu-cucu kita untuk generasi akan datang,” katanya.

 

Dalam rancangan bual bicara berkenaan, Tunku Ismail antara lain turut membincangkan tentang perkembangan bola sepak negara dan kelab bola sepak milik beliau, Johor Darul Ta’zim (JDT).-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...