loading...

Petugas Media Malaysia Ziarah Tempat Bersejarah Umat Islam di Madinah

MADINAH – Seramai 21 petugas media Malaysia yang kini berada di sini bagi membuat liputan ibadat haji musim ini dibawa untuk melakukan ziarah di beberapa tempat bersejarah umat Islam di sini.

 

Cuaca yang panas sedikit pun tidak mengganggu mereka membuat ziarah yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji.

 

Mereka dibawa melawat Masjid Quba’ iaitu masjid pertama yang didirikan Nabi Muhammad SAW dan turut bersolat secara berjamaah.

 

Selepas itu mereka dibawa menziarah Bukit Pemanah dan Bukit Uhud iaitu lokasi peperangan Uhud pada 7 Syawal Tahun 3 Hijrah yang mengorbankan 70 tentera Islam dan 23 orang tentera Quraisy.

 

Petugas media diberi penerangan mengenai perkuburan syuhada di Bukit Uhud.

 
Petugas media kemudiannya dibawa ke Masjid Qiblatain yang terkenal dengan masjid dua kiblat dan akhirnya ke Masjid Tujuh yang terletak di barat Gunung Sala’ yang merupakan tempat berlaku Pertempuran Khandaq.

 

“Ini merupakan peluang untuk umat Islam menziarah tempat bersejarah mereka,” kata pembimbing ziarah, Ustaz Mohamad Abdul Razak.

 

Seramai 11,796 daripada 22,320 jemaah Malaysia akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah manakala selebihnya di Lapangan Terbang Antarabangsa King AbdulAziz, Jeddah.

 

Kumpulan pertama bakal tiba pada 4 Ogos. -BERNAMA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...