loading...

PAN Belum Beri Kata Putus PRN Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) belum membuat kata putus dengan cadangan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan Pilihan Raya Negara (PRN) awal.

 

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd Samad berkata, perbahasan wajar dibuat secara tertutup, dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berbanding perbincangan dikhalayak ramai.

 

 

“Apabila perbahasan terbuka telahpun diadakan oleh DAP dan PKR, sikap berdiam PAN dianggap tiada pendirian. Oleh itu wajar bagi PAN berkongsi pandangannya dalam suasana sekarang.

 

“Pendirian PAN sepertimana dibincang pada Isnin lalu telah mengambil kira beberapa faktor, antaranya parti ini masih belum dikenali umum seperti keputusan diperolehi calon kita pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan lalu,”katanya memetik laporan sebuah portal.

 

Jelasnya, ramai yang tidak mengikuti perkembangan politik, khususnya perpecahan Pas dan pembentukan PAN. Pimpinan PAN seperti Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub disangka masih bersama Pas.

 

“Amat perlu untuk ditonjolkan kehadiran dan dasar perjuangan PAN serta seterusnya PH.

 

“Tiada cara yang lebih berkesan untuk mencapai matlamat itu, selain ketika pilihan raya,” katanya.

 

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, PAN tidak memiliki kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan tidak timbul isu parti itu akan kehilangan kerusi kalau berlakunya pilihan raya.

 

Sebaliknya tegas beliau, PAN berpeluang menang walaupun mungkin tipis dan jelas sekali pihaknya tidak ada keperluan untuk membantah cadangan PRN itu.

 

Bahkan, PAN berpandangan PRN Pulau Pinang akan memberi peluang untuk membuktikan kepada rakyat PH adalah gabungan parti politik yang telah bersatu secara kukuh dan mantap.

 

Katanya, ia gagal dibuktikan ketika PRN Sarawak Mei lalu, walaupun PH bertindak lebih cermat dan mantap pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tetapi masih perlu diperbaiki.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...