loading...

Usia baru 4 tahun tapi rupa parasnya…

MAGURA – BANGLADESH. Tidak pernah dibayangkan oleh pasangan Luvelu Hossain dan Tripti Khatun yang anak mereka Bayezid Hossain akan kelihatan seperti seorang datuk berusia 80 tahun.

 

Bayezid, yang dilahirkan pada 2012 lalu di hospital kerajaan di Magura, Bangladesh Selatan dikatakan menghadapi penyakit langka Progeria dan Cutis Laxa. Kini ketika baru berumur 4 tahun, dia sudah terlihat seperti orang tua.

 

“Saya merasa ketakutan melihatnya ketika dia dilahirkan. Dia seperti hanya memiliki daging serta tulang saja. Ia kelihatan seperti ‘alien’ dan itu membuat hati saya hancur,” kata Tripti yang kini berumur 18 tahun.

 

“Doktor tak tahu apa yang harus mereka dilakukan. Mereka mengatakan mereka tak pernah melihat bayi sepertinya. Mereka memberitahu kami bahawa tidak ada yang dapat mereka lakukan,” katanya lagi.

 

 

Malah apa yang lebih menyedihkan katanya, menurut doktor, buat masa ini tiada ubat yang boleh memulihkan keadaan Bayezid. Menurut doktor, usia Bayezid dijangka tidak akan melebihi 15 tahun.

 

“Bayezid baru berjalan pada umur tiga tahun, tapi dia memiliki susunan gigi yang sempurna pada umur tiga bulan. Perkembangan fizikalnya sangat tidak normal, tapi secara mental dia mampu berbicara dengan baik,” kata Tripti.

 

Dalam pada itu menurut Tripti, dia berharap anaknya sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti orang lain.

 

“Dia tidak kelihatan seperti anak-anak lain. Dia terlihat seperti orang tua. Sebagai anak sulung saya, saya tak boleh melihat anak saya dalam kondisi seperti ini,” katanya- Mirror Uk.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...