SHAH ALAM – Sebuah bilik kuliah di tingkat bawah Masjid Sultan Salahudin Abd Aziz Shah di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 2.15 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.21 petang tadi dan 18 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke
lokasi.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Beliau berkata, bilik kuliah berkenaan musnah sepenuhnya.
“Bagaimanapun tiada mangsa terbabit dalam kebakaran itu.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.47 petang tadi,” katanya.
Mohd Sani berkata, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – HMetro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Tragedi Fru: Pdrm Salur Bantuan Rm58,000 Hingga Rm ...

Bekas Pemain Hoki Remaja Kebangsaan Mohamad Asmawi ...

Resepi Ikan Bakar Terpaling Sedap, Simple & La ...

Puisi Fizie Sempena Hari Ibu Undang Sebak Selag ...