GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menyertai salah sebuah parti dalam Pakatan Harapan dalam usaha untuk menjadi calon perdana menteri dalam pembangkang.
“Beliau mesti menyertai Pakatan terlebih dahulu. Bagi kami, beliau mungkin menjadi pilihan Pakatan,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Spekulasi itu timbul selepas bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata Muhyiddin mempunyai potensi untuk dilantik sebagai calon perdana menteri bagi pihak pembangkang apabila beliau dijangka menerajui kepimpinan parti baharu yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Guan Eng bagaimanapun berkata beliau tidak boleh membuat keputusan mengenai pencalonan Muhyiddin.
“Ia perlu dibincangkan di kalangan parti-parti pembangkang.
“Saya tidak mahu memberi pandangan saya, sehingga ada sesuatu yang pasti daripada Muhyiddin.
“Ini hanyalah spekulasi semata-mata pada masa ini.
“Kita tunggu sehingga ada sesuatu yang pasti,” katanya selepas melancarkan kempen derma darah di Air Itam, Ahad.
Guan Eng berkata memandangkan Muhyiddin menyatakan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan kekal sebagai ketua pembangkang, maka tidak akan ada sebarang perubahan pada masa sekarang. – mstar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW