Setiap tahun dihurung soalan sama mengenai jodoh dan secara tiba-tiba Fara Fauzana menghantar kad jemputan untuk sidang akhbar sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya dan juga spekulasi.
BACA: Fara Fauzana Mahu Beri Laluan Kepada Bakat Baru
Malah melalui sumber Kosmo! Online, dilaporkan bahawa hos dan juga bekas penyampai radio popular ini bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang juga seorang usahawan dalam waktu terdekat.
Maka sidang akhbar yang bakal diadakan hari ini berkemungkinan adalah untuk berkongsikan perkara menarik tersebut. Jika benar, semoga segala persiapan Fara Fauzana menjelang hari bahagia akan dipermudahkan.
Apa apa pun, kita tunggu laporan dan juga perkara sebenar yang akan diumumkan sendiri oleh Fara pada petang ini.(rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW