Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim
KUALA KANGSAR – Seorang daripada calon bebas juga merupakan seorang peguam, Datuk Abu Backer Sidek Mohd Zan, menarik diri daripada bertanding apabila tidak berpuas hati dengan syarat yang dikenakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan borang penamaan calon.
Beliau berkata, disebabkan tidak berpuas hati dengan syarat yang dikenakan itu, beliau terpaksa menarik diri di saat akhir.
“Saya tarik diri kerana tidak berpuas hati dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh SPR,”katanya selepas ditemui keluar dari dewan penamaan calon di Dewan Jubli Perak, disini, pagi tadi.
Terdahulu, selepas borang penamaan yang dihantar kepada petugas SPR namun Abu Backer mengambil kembali lalu mengoyakkan borang penamaan calon yang diserahkan itu.
Terdahulu, proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli di sini hari ini berjalan lancar dengan kehadiran lebih 7,000 penyokong parti-parti politik yang bertanding.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya berpuas hati kerana kesemua penyokong yang datang mengiringi calon masing-masing mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau menasihati penyokong agar tidak menyentuh isu agama, perkauman dan kebudayaan.-SuaraTV