loading...

Video : Bekas Tentera Lapor Polis Isu Pemalsuan Nama Deklarasi Rakyat

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA LUMPUR – Seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), membuat laporan polis berhubung isu pemalsuan nama dalam deklarasi rakyat dan penjualan data rakyat Malaysia.

 

Othman Abdul Majid, 65, turut membuat laporan polis terhadap individu bergelar ‘Ratu Naga’ atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah yang didakwa membeli pangkalan data daripada pengaturcara komputer sambilan, Azharuddin Othman yang mendakwa telah menjual 900,000 nama dan nombor kad pengenalan bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

“Saya merasakan bertanggungjawab (untuk mengamankan) Malaysia masa darurat dahulu. Tak ada guna sekiranya negara kita mempunyai individu yangberkepentingan seperti itu.

 

“Saya tampil supaya pihak polis menyiasat perkara ini terhadap individu berkenaan,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

 

Beliau turut menyeru kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pandangan yang sama supaya tampil meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengumpulkan bukti secukupnya supaya dapat mendakwa individu terbabit.

 

Terdahulu, Azharuddin tampil mendakwa Ratu Naga membeli pangkalan data mengandungi 900,000 nama pada harga RM5,000.

 

Bagaimanapun, Ratu Naga menafikan pernah berhubung dengan Azharuddin, apatah lagi membeli pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan bagi tujuan Deklarasi Rakyat.-SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...