loading...

Shukri Yahaya Rambang Mata Beli Barangan Bayi

Kalau dulu mengambil pendekatan untuk tidak membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut kelahiran bayi pertama, kini nampaknya Shukri Yahaya seolah-olah sudah berubah. Kerana terlalu teruja menantikan kahadiran orang baru, Shukri mengakui jadi rambang mata ketika membeli barangan cahaya mata pertama mereka.

BACA: Shukri Yahaya Teruja Bakal Timang Bayi Perempuan

“Pada awalnya memang saya hendak bersederhana sahaja dan berjimat-cermat dalam membeli kelengkapan bayi. Hasrat itu timbul selepas mengamati pengalaman teman-teman yang sudah berkahwin dan menyambut anak pertama. Bagaimanapun, selepas mengalaminya sendiri, saya nampaknya mula terikut-ikut dengan sikap mereka”

“Memang saya sendiri teruja hendak membelikan itu dan ini, apatah lagi inilah anak pertama kami. Nampaknya, saya tidak boleh menyalahkan mereka apabila masing-masing berbuat demikian. Sekarang, saya dapat rasa apa yang dialami mereka. Tidak mengapalah, sesekali berbelanja untuk anak sendiri,” katanya kepada Berita Harian Online.

Selain daripada itu, Shukri juga menegaskan bahawa keutamaanya kini adalah isteri dan anak jadi, beliau kini lebih selektif memilih tawaran berlakon kerana keadaan isterinya yang sedang berbadan dua. Manakala waktu lapang yang terluang akan diisi dengan menghabiskan masa membeli keperluan bayi yang bakal lahir pada bulan Ogos nanti. (rkty/w)

1- Shukri Yahaya Rambang Mata Beli Keperluan Bayi - jpeg 2- Shukri Yahaya Rambang Mata Beli Keperluan Bayi - jpeg 3- Shukri Yahaya Rambang Mata Beli Keperluan Bayi - jpeg 4- Shukri Yahaya Rambang Mata Beli Keperluan Bayi - jpeg 6- Shukri Yahaya Rambang Mata Beli Keperluan Bayi - jpeg 7- Shukri Yahaya Rambang Mata Beli Keperluan Bayi - jpeg

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...