loading...

“Saya Doa Yang Terbaik Untuk Ayah Saya”

Selepas tersebar sekeping gambar menunjukkan bapa beliau, Zainol MacWilson telah bernikah dengan seorang janda beranak dua di Kangar, Perlis pada 19 Jun lalu, Zahirah MacWilson yakin dan percaya bahawa majlis pernikahan kedua bapanya yang berlangsung itu memang sah diadakan walaupun tanpa pengetahuannya.

BACA: Penipuan Zainol MacWilson Terbongkar?

“Apabila ibu memaklumkan perkara itu kepada saya, saya yakin majlis itu memang sah diadakan. Tetapi sebagai anak, saya hanya doakan yang terbaik untuknya,” katanya kepada portal Malaysian Digest apabila ditanyakan mengenai majlis pernikahan bapanya yang dilakukan secara tertutup sebelum sekeping gambar tersebar meluas.

Terdahulu, Zainol tampil menegaskan bahawa gambar pernikahan yang tersebar itu adalah sekadar babak lakonan didalam drama popular, Dia Semanis Honey yang dilakonkannya, sekaligus menafikan desas-desus yang mengatakan bahawa beliau sudah bernikah buat kali kedua. Namun dakwaan terbabit dinafikan oleh pengarah drama itu sendiri.

Bagaiamanapun, menurut sumber bekas suami wanita yang dinikahi oleh Zainol yang mahu dikenali sebagai Rizal telah mengesahkan berita perkahwinan pasangan tersebut. Beliau yang hanya mendapat tahu mengenai berita itu daripada penduduk kampung turut menyifatkan Zainol sebagai seorang yang pengecut kerana menafikan perkara itu. (rkty/w)

1- “Saya Doa Yang Terbaik Untuk Ayah Saya”- jpeg 2- “Saya Doa Yang Terbaik Untuk Ayah Saya”- jpeg 3- “Saya Doa Yang Terbaik Untuk Ayah Saya”- jpeg 4- “Saya Doa Yang Terbaik Untuk Ayah Saya”- jpeg 5- “Saya Doa Yang Terbaik Untuk Ayah Saya”- jpeg 6- “Saya Doa Yang Terbaik Untuk Ayah Saya”- jpeg

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...