loading...

Pembangkang Maki Hamun Masa Pilihanraya – Prof Agus

SUNGAI BESAR – Penganalisis Politik, Prof Mohammad Agus Yusoff menyifatkan parti pembangkang hanya menggunakan taktik memaki hamun ketika proses pilihanraya.

 

Menurut beliau, disebabkan tindakan mereka itu, ia memberi peluang kepada Barisan nasional memancing undi pengundi setia kerana mereka menggunakan pendekatan yang lebih halus dengan menjaga kepentingan rakyat.

 

“Ketika pilihan raya, BN tahu menjaga perut dan poket rakyat. Pembangkang pula, masa pilihan raya, ketikanya untuk memaki hamun pihak lawan,” katanya ketika membalas salah satu komen di laman Facebook.

 

Dalam muat naik status beliau di laman Facebook, beliau turut menghuraikan bahawa penerimaan parti Amanah Negara adalah positif berbanding PAS di kalangan penyokong pembangkang yang dilihat lebih mendapat sokongan kuat Melayu Islamis progresif berbanding PAS yang hanya mengharapkan penyokong tegar.

 

“Biarpun parti baru, sokongan diterimanya dari bukan Melayu cukup kuat. Selain itu, Amanah juga mendapat sokongan kuat golongan Melayu Islamis yang progresif.

 
“PAS yang telah lama dalam politik negara pula ketinggalan di belakang. PAS hanya bergantung undi kepada penyokong tegarnya sahaja. Pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyukai PAS tidak akan mengundi PAS lagi, Pengundi atas pagar juga begitu, tidak ramai yang akan mengundi PAS,”tulisnya.

 

Ekoran dari itu, beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap Barisan Nasional yang akan menang di kedua-dua pilihanraya iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

 

“Tanpa ragu BN akan menang di kedua-dua kawasan. Senarailah apa juga masalah dalaman dan luaran yang dihadapi oleh BN, namun parti ini tetap menang cemerlang dengan majoriti yang meningkat berbanding PRU 2013,” katanya. -SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...