Pemimpin PAN menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz untuk mendapatkan sokongan parti lain seperti DAP dan PKR kata Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau berkata, Parti Amanah Negara (PAN) perlu menggunakan cara yang betul dan tidak mempergunakan nama ayahnya kerana ia milik rakyat.
“Saya tahu PAN guna nama tok guru Nik Aziz.
“Saya tak marah, tapi jangan cakap apa yang ayah saya tak buat masa hidupnya,” tegasnya di Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-57 di Kelantan Trade Centre, memetik laporan Malaysia Gazette.
Katanya, perkara itu mendatangkan dosa besar kepada mana-mana rakan Pas yang meninggalkan parti itu dan menggunakan nama Allahyarham Datuk Abdul Aziz Nik Mat dengan parti lain.
Sebelum ini, Nik Abduh mendakwa, PAN menggunakan nama arwah Nik Aziz semata-mata untuk meraih sokongan.-SuaraTV